Saturday, November 2, 2013

Resepi : Nasi Maghlubah

Salam 1 malaysia semua,

Hari ini ja nak share nasi arab kedua yang ja buat guna periuk ajaib ini. Resepi ini diberi nama Nasi Maghlubah. Kalau ikut kan resepi ini berasal daripafa Jordan.

NASI MAGHLUBAH

Bahan-bahan:
Berasmathi (cup ikut pilihan hati)
Separuh ayam ( dipotong direbus untuk stok)
6 sudu besar serbuk ketumbar*
2 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk sup*
1 sudu besar serbuk kurma*
Kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Ubi kentang (potong dadu)
Lobak (potong dadu)
Bawang hollnd (hiris separuh)

Cara-cara:
Bahan * campur semua guna 2 cup stok ayam
Air untuk beras sama cup dengan beras tadi.
Masak guna stiry fry semua bahan-bahan kecuali beras, ayam dan stok ayam.
Agak-agak dah masak tukar high pressure tekan 7 minit, sebelum tekan on masuk beras, stok ayam baru tekan button on

Dah siap...


ade sesiapa berminat 7 minit jer masak...

nasi dah pun siap..

leh wattsup eja 0135867071
syahiza@gmail.com

Saturday, July 6, 2013

# 3

salam 1 Malaysia,
hari ikutkan dah hari ke 4, semalam tak sempat nak update blog...
hari ini hari Sabtu, siang tadi memang sepanjang hari berada di sekolah, petang baru sahaja balik... menu untuk hari lain sikit... tengahari kita makan mewah sikit iaitu sushi king hehe... dah lama mengidam pun...
menu :
pagi : 400ml teamix, 400ml shake
tengahri : sushi king hehe
malam : 400ml air + 400ml shake...
setakat ini itu laa menu untuk hari  ini.....

Thursday, July 4, 2013

#2 - 1st day

salam 1 malaysia,
yeaa hari nie, merupakan hari pertama ja memulakan HB.. setelah sebulan meninggalkan HB..
kali ini dengan niat nak mula dengan slow-slow dulu.. tak mau jadi macam kali pertama dulu, rasa macam rushing sangat nak mula HB nie...
jadi untuk menu hari ini :-
Pagi : 400ml Teamix, 400ml shake
Tengahari : sekeping roti, 400ml teamix
Petang : sepinggan nasi + ikan goreng
Malam : 400mlm shake, 400ml teamix
rutin seharian ja kebanyakan masa berada di sekolah... dari pagi sampai petang, sebab tuu ja makam nasi waktu petang ganti untuk tengahari..
nie baru hati pertama yea...
target ja untuk bulan puasa nanti, jadi nak biasa kan perut dengan HB...

Wednesday, July 3, 2013

#1st

salam 1 malaysia,

hari ini hari pertama untuk diari saya yang simple ini...

sebenarnya benda nie dah lama terjadi pada diri saya,

dah banyak kali saya bersemangat,

dah banyak kali jugak saya lupa semangat saya itu...

yea saya dah ada seorang anak lelaki,

baru saya berkahwin selama 2 tahun...

tetapi 'ini' dah terjadi lama pada diri saya...

sebelum kahwin saiz saya xxl, 

semasa kawin turun xl,

selepas bersalin saya dah xxxl...

sebenarnya...

blog ini belum lagi menunjukan saya dah berjaya turum berat badan yang ideal...

mungkin saya perlu kan sokongan, nasihat, kritikan yang membina daripada rakan-rakan diluar sana...

jadi ini blog... Diari diri Saya....